Tuesday 31 December 2019

Pendidikan mampu ubah masa hadapan – Ahli Parlimen


 TANJUNG BUNGA – Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai menjelaskan bahawa Belanjawan 2020 yang dibentangkan oleh Kerajaan Pusat baru-baru ini memberikan penekanan terhadap pendidikan dalam usaha membentuk generasi lebih berwawasan.
Jelas beliau lagi, Kerajaan Pakatan Harapan menyedari bahawa bidang pendidikan harus diperkasakan bagi meningkatkan kualiti hidup rakyat pada masa depan.
“Seperti kita semua tahu, pendidikan mampu mengubah nasib dan kualiti hidup seseorang. Justeru, belanjawan yang dibentangkan baru-baru ini jelas menunjukkan kesedaran kerajaan dalam memperkasakan pendidikan.
“Saya berasal dari flat Padang Tembak iaitu antara rumah pangsa terawal di Pulau Pinang, melalui pendidikan saya ubah hidup saya kepada seorang peguam sebelum menjadi ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) Air Itam dan sekarang Ahli Parlimen (Bukit Bendera),” ujar beliau ketika berucap pada Majlis Orientasi Pelajar-Pelajar Baru Tingkatan 1 Tahun 2020 dekat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Bunga pagi tadi.
Hadir sama Pengetua bagi SMK Tanjung Bunga, Faridah Hussain.
Hon Wai dalam pada itu, turut menasihati para pelajar supaya bijak merebut peluang dalam dua sektor penting di negeri ini iaitu pelancongan dan juga perindustrian.
“Lokasi Tanjung Bunga amat strategik bagi sektor pelancongan yang dilihat menjadi industri penting di sini serta boleh menjadi salah satu peluang perniagaan mahupun pekerjaan.
“Bagi tahun 2019, dari Januari hingga September Pulau Pinang berjaya mencatatkan nilai pelaburan berjumlah RM13.3 bilion.
“Jumlah ini bersamaan dengan 15,000 peluang pekerjaan yang berjaya ditawarkan kepada penduduk Pulau Pinang, selatan Kedah, utara Perak bahkan dari Pantai Timur,” jelasnya lagi.
Pada majlis tersebut, Hon Wai turut menyampaikan cek bernilai RM6,000 kepada Faridah sebagai peruntukan untuk membeli projektor visual.
Dalam lawatan ringkas itu, Faridah turut memohon kepada Hon Wai untuk membina penutup longkang di sekolah terbabit bagi kemudahan murid-murid istimewa.
BULETIN  MUTIARA / December 31, 2019
https://www.buletinmutiara.com/pendidikan-mampu-ubah-masa-hadapan-ahli-parlimen/
____________________________________________________________



Tuesday 24 December 2019

黄汉伟出席乐聚南洋贰马中新华乐名家演奏会







Piala Muhibah erat silaturahim pusat khidmat bersama agensi kerajaan

BULETIN MUTIARA / December 24, 2019


TANJUNG BUNGA – Penganjuran pertandingan badminton Piala Muhibah yang berlangsung baru-baru ini diharap dapat mengeratkan lagi hubungan di antara Pusat Khidmat Parlimen Bukit Bendera dan agensi-agensi kerajaan di kawasan berkenaan.
Wong Hon Wai selaku Ahli Parlimen Bukit Bendera berkata, sukan bukan sahaja merupakan aktiviti riadah yang bermanfaat tetapi terbukti mampu memupuk silaturahim.
“Ini merupakan tahun kedua kita anjurkan Piala Muhibah dengan jayanya, sekiranya tahun lepas cuma ada lapan pasukan tetapi tahun ini kita dapat 12 penyertaan dari agensi kerajaan, pusat khidmat dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK).
“Pertandingan seperti ini dilihat mampu untuk mencapai objektif bagi memperkasakan hubungan di antara agensi kerajaan serta pusat khidmat dalam berganding bahu memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat,” ujar beliau sebelum merasmikan Piala Muhibah di Dewan Serbaguna Pasar Awam Tanjung Bunga baru-baru ini.
Antara pasukan yang mengambil bahagian termasuklah dari Tentera Udara DiRaja Malaysia (TUDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Bagan Jermal, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Pasukan Polis Simpanan Persekutuan (FRU) dan Komuniti Harapan Malaysia.
Pusat Khidmat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Tanjung Bunga dan Kebun Bunga tidak ketinggalan mengambil bahagian dan memeriahkan pertandingan.

One-way traffic system for Jalan Khidmat

BULETIN MUTIARA / December 24, 2019

THE Penang Island City Council (MBPP) has converted the traffic at Jalan Khidmat (nearby Jalan Tanjong Bungah and Jalan Lembah Permai) to one way to ease the traffic flow in the area.
MBPP councilor Kaliyappan P. Renganathan said the council had received numerous complaints from the residents in the neighbourhood regarding the traffic congestion at Jalan Khidmat.
 
The new marking at Jalan Khidmat to indicate the one-way system

“The complaints that we received were mainly about motorists who refused to obey the traffic rules.
“The one-way traffic system will go on trial for three months.
“On top of that, we will be adding 10 car park lots and rearranging the car park lots.
“The parking lots will be made in a slanting manner to accommodate more parking space,’’ said Kaliyappan, who also added that there are a total of 34 car park lots currently in the area. 
MBPP’s traffic officer assisting the traffic flow at Jalan Khidmat

Bukit Bendera MP Wong Hon Wai thanked the council for their initiative in introducing the one-way traffic system at Jalan Khidmat which is a busy area.
“Apart from this area, I hope the MBPP’s Infrastructure and Traffic committee will also look into areas such as Tanjong Bungah and Mount Erskine public markets to solve the traffic woes over there,’’ Wong said.
MBPP’s staff removing the old signage

According Kaliyappan, the one-way traffic conversion at Jalan Khidmat begins from today and motorists are advised to take note of the changes.

https://www.buletinmutiara.com/one-way-traffic-system-for-jalan-khidmat/