Monday 24 February 2020

Wong Hon Wai : Pelajar digalakkan ceburi bidang sains & teknologi, penuhi keperluan pasaran kerja semasa

BULETIN  MUTIARA / February 24, 2020



PULAU TIKUS – Pelajar di bangku sekolah menengah khasnya digalakkan untuk menceburi bidang sains dan teknologi bagi memenuhi keperluan pasaran kerja semasa.
 Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang sejak 2008 lagi memperkenalkan pelbagai inisiatif berkaitan sebagai pendedahan terhadap bidang sains dan teknologi.
 “Kafe Sains Pulau Pinang, Penang Tech Dome, Perpustakaan Digital Pulau Pinang merupakan antara inisiatif yang diperkenalkan oleh Kerajaan Negeri bagi menggalakkan para pelajar menceburi bidang sains dan teknologi.
SALAH satu bangunan yang menjadi mercu tanda SMK Perempuan St. George.

“Pelajar perlu fokus kerana bidang seperti ini mempunyai potensi besar pada masa hadapan, apatah lagi apabila Pulau Pinang kini digelar ‘Silicon Valley of the East’.
 “Sampaikan ada dalam kalangan pekerja yang datang dari luar Pulau Pinang untuk mendapatkan pekerjaan dalam bidang sains dan teknologi di negeri ini,” ujarnya ketika hadir merasmikan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah Kebangsaan Perempuan St. George (SGGS) di sini pada 22 Februari lalu.
Turut sama, Pengetua SGGS, Athiyah Abd. Razak serta guru-guru, para pelajar dan ibu bapa.
 Sebagai sebuah ‘Sekolah Berprestasi Tinggi’, Hon Wai percaya SGGS mampu melahirkan bakat-bakat besar yang cemerlang pada masa hadapan.
 “Kini ramai pelajar perempuan yang berkebolehan dalam bidang sains dan teknologi.
 “(Dan) saya percaya pelajar SGGS juga mampu mencipta nama pada masa hadapan.
WONG Hon Wai (kiri sekali) menyerahkan pensanitasi dan sungkup muka kepada wakil PIBG pada majlis berkaitan sambil ditemani Athiyah Abd. Razak (kanan sekali).

“Cuma, sebagai nilai tambah, saya menggalakkan para pelajar untuk mempelajari pelbagai bahasa termasuk menguasai bahasa Inggeris dan bahasa ibunda,” serunya.
 Dalam majlis sama, Hon Wai turut menyerahkan cek berjumlah RM5,000 kepada PIBG SGGS bagi menjalankan aktiviti tahunan.
 Beliau juga menyerahkan empat botol pensanitasi (sanitizer) berserta sungkup muka (face mask) kepada pihak sekolah.
 Usai majlis, Hon Wai di bawa untuk menyaksikan pertandingan hoki antara sekolah-sekolah peringkat kebangsaan yang diadakan di sini serta di bawa meninjau sekitar kawasan sekolah.
https://www.buletinmutiara.com/pelajar-digalakkan-ceburi-bidang-sains-teknologi-penuhi-keperluan-pasaran-kerja-semasa/

————————————————————————————————



Wong Hon Wai : RM100,000 naik taraf lantai dewan, pusat sumber SK Francis Light

BULETIN MUTIARA / February 24, 2020


PULAU TIKUS – Sejumlah RM100,000 disalurkan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai bagi kerja-kerja menaik taraf lantai dewan serta pusat sumber di Sekolah Kebangsaan (SK) Francis Light dekat sini.

Menurut Hon Wai, kerajaan sentiasa berhasrat untuk mewujudkan persekitaran sekolah yang bukan sahaja baik malah kondusif dengan prasarana yang serba lengkap.

“Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama-sama Kerajaan Persekutuan akan sentiasa memastikan pendidikan menjadi keutamaan termasuk dalam pengagihan dana penyelenggaraan kepada sekolah-sekolah yang memerlukan serta melalui penganjuran pelbagai program berkaitan.


WONG Hon Wai ketika berucap pada Majlis Perasmian Mesyarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Francis Light baru-baru ini.


“Oleh itu, saya berharap, dengan sempurnanya kerja-kerja naik taraf ini maka bukan sahaja pihak sekolah, malah ibu bapa dapat melihat betapa seriusnya kerajaan menitikberatkan hal berkaitan pelajar dan pendidikan,” ucapnya pada Majlis Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Kali Ke-46 SK Francis Light. 22 Februari lalu.
Turut berucap, Guru Besar SK Francis Light, V. Thinakaran dan Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Faridah Bakar.
Mengulas lanjut, Hon Wai berkata, peranan ibu bapa dalam memastikan pencapaian dan kejayaan anak-anak amat penting.
 “Guru hanya membantu dan memudahcarakan pembelajaran anak-anak kita di sekolah.
 “Namun kedua-duanya (ibu bapa dan guru) perlu berganding bahu mempersiapkan anak-anak demi menghadapi cabaran kerjaya masa hadapan,” katanya sambil menzahirkan ucapan tahniah kepada seluruh warga SK Francis Light yang bakal menyambut ulang tahun ke-90 tahun ini.
WONG Hon Wai (dua dari kanan) menyerahkan empat unit pensanitasi kepada V. Thinakaran sejurus selepas merasmikan Mesyuarat Agung PIBG Ke-46 sekolah berkenaan baru-baru ini.
“Di Parlimen Bukit Bendera terdapat 25 buah sekolah dan saya ada menerima sumbangan CSR sebanyak 100 botol sanitizer dan face mask untuk diserahkan kepada semua sekolah di sini.
 “Saya berharap sekiranya terdapat tanda-tanda deman dan sebagainya, segeralah berjumpa dengan doktor bagi mengurangkan risiko penularan penyakit berjangkit seperti tercetusnya Covid-19,” ujarnya.
https://www.buletinmutiara.com/rm100000-naik-taraf-lantai-dewan-pusat-sumber-sk-francis-light/

———————————————————————————————


火箭领袖赴隆紧急会议 黄汉伟:不忧下野忧国未来


刊登于《光华网》 20200224



黄汉伟
希盟首相敦马哈迪欲退出希盟另组新政府,希盟主要成员党之一的民主行动党周一也将对这次政局出现的突然变化开会。
据悉,不少民主行动党领袖已陆续赶往吉隆坡,准备参加中午举行的会议。
该党旗山区国会议员黄汉伟周一上午7时30分在脸书贴文说他正飞往吉隆坡。他说:“飞吉隆坡。我不担心个人从執政党国会议员成反对党国会议员。我忧心的是国家,民族及我们孩子暗淡的未来。”
周日传有意带18名国会议员离开公正党的署理主席阿兹敏等人召开会议,土团、巫统、砂政党联盟等都在同一天开会,坊间解读就是在准备筹组传言中的国民联盟以组织新政府。
如果新联盟成功组成,意味着509上台的希盟将瓦解。

Thursday 20 February 2020