Wednesday, 28 January 2015

Penang seeks judicial review on PPS



Bicara kes Guan Eng saman fitnah NST bersambung esok

Wednesday, January 28, 2015


Bicara kes Guan Eng saman fitnah NST bersambung esok


(Dari kiri) WONG Hon Wai, Lim Hock Seng, Ketua Menteri Lim Guan Eng, P. Ramasamy, R.S.N. Rayer dan N. Murali di perkarangan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang dekat George Town, sejurus sesi perbicaraan kes sebelah pagi ditangguhkan. | Foto: Facebook Buletin Mutiara

Oleh: ZAINULFAQAR YAACOB

GEORGE TOWN - Perbicaraan kes saman akhbar News Strait Times (NST) bersambung esok selepas peguam plaintif memohon untuk mengesahkan kesahihan suatu transkrip kenyataan media anak guamannya, iaitu Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng.

Ketetapan itu dibuat oleh Pesuruhajaya Kehakiman, YA Dato' Azmi Ariffin pada perbicaraan petang tadi.

“Saya memberi masa kepada peguam plaintif untuk membuat pengesahan transkrip sidang media (Guan Eng) itu.

“Memandangkan peguam plaintif memerlukan masa untuk mengesahkan transkrip (sidang media Ketua Menteri tersebut), maka perbicaraan akan ditangguhkan ke esok pada jam 11.00 pagi,” ujar Azmi Ariffin di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang di sini, pada sesi petang tadi.

Guan Eng dan seorang lagi plaintif, Prof. P. Ramasamy (Timbalan Ketua Menteri II) diwakili oleh Dato' N. Murali dan peguam pelatih Ng Jui Shan.

Manakala, NST dan wartawannya Preedep Nambiar selaku difenden diwakili oleh Keong Wai Hong dan Cloudia Cheah Pek Lee.

Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng, Wong Hon Wai (Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri, R.S.N. Rayer (peguam merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Delima), Lim Siew Khim (ADUN Sungai Pinang) dan Soon Lip Chee (ADUN Jawi) antara pemimpin negeri yang hadir mengikuti proses perbicaraan kes tersebut, pada sesi pagi tadi.

Terdahulu, NST pada 3 Disember tahun lepas menyiarkan sebuah artikel berjudul ‘Indian-interest group claims thugs interrupted meeting’, yang mengaitkan Guan Eng bersama-sama Ramasamy menghantar samseng untuk menghentikan mesyuarat sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

Dalam laporan NST, jurucakap Warga Prihatin Masyarakat India, N. Ganeson mendakwa sekumpulan samseng telah mengganggu mesyuarat NGO mereka.

Katanya lagi, kumpulan samseng itu mengugut mencedera dan menghalang petisyen mengenai isu tempat pembakaran mayat di Batu Lanchang daripada dihantar kepada kerajaan negeri.

Sambil menyelar kenyataan fitnah itu, Guan Eng dalam satu kenyataan media menegaskan Kerajaan Negeri tidak pernah menggunakan samseng dalam apa jua perkara.

Malah, Guan Eng bukan sahaja mendakwa laporan tersebut berniat jahat, bahkan, beliau turut menyatakan hasrat untuk menyaman NST.

http://faqar.blogspot.com/2015/01/bicara-kes-guan-eng-saman-fitnah-nst.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+Faqar+%28faqar%29



Sunday, 18 January 2015

Kerajaan Pulau Pinang Hantar Sumbangan Rakyatnya Ke Kelantan

Diterbit di Harakah Daily pada 9-1-2015

http://www.harakahdaily.net/index.php/berita-utama/33162-kerajaan-p-pinang-hantar-sumbangan-rakyatnya-ke-kelantan