Monday, 5 January 2015

DAP Pulau Pinang terus buka bilik gerakan banjir

roketkini.com

DAP Pulau Pinang terus buka bilik gerakan banjir

GEORGE TOWN. 5 DIS: DAP Pulau Pinang terus membuka bilik gerakan banjir selain masih menerima sumbangan untuk diserahkan kepada mangsa banjir, terutamanya di Kelantan.
Bendahari DAP Pulau Pinang Wong Hon Wai berkata, orang ramai yang ingin menyampaikan sumbangan masih boleh menghantarnya pada waktu pejabat dan akan dihantar ke kawasan kritikal seperti di Kelantan.
“Memandangkan keadaan banjir di Kelantan amat serius, bantuan seperti ini harus diteruskan,” kata Wong.
Terdahulu Wong dalam kenyataannya memberitahu, konvoi 22 buah pacuan empat roda dan sebuah kontena tiba ke Kuala Krai sempena program ‘Selamatkan Kuala Krai’ 1 Januari lalu.
Konvoi lebih 90 sukarelawan itu bertolak awal pagi Khamis lalu dari Pulau Pinang dirasmikan Setiausaha Agung DAP Malaysia Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP Pulau Pinang Chow Kon Yew.
Konvoi yang membawa lebih 1,000 kotak keperluan itu kemudiannya selamat tiba ke Kuala Krai pada jam 2 petang hari yang sama.
Sukarelawan turut dibahagikan ke sepuluh buah kampung di sekitar pekan Kuala Krai yang terjejas akibat banjir untuk menyampaikan bantuan.
ADUN Air Itam itu turut mengucapkan ucapan terima kasih kepada sukarelawan dan penderma yang menjayakan misi konvoi bantuan.
Sementara itu katanya, orang ramai yang masih mahu menyumbang digalakkan menghubungi Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang, di Jalan Rangoon.
Antara barangan masih diperlukan ialah beras, gula, tuala, selimut, lilin dan pemetik api, lampin pakai buang bayi, selain pakaian sekolah (baju, seluar dan baju kurung) dan alatulis

No comments:

Post a Comment