Friday, 26 February 2016
Lima Adun PKR belakangi keputusan awal mesyuarat
26 Februari 2016 oleh Hafiz Zainuddin
GEORGE TOWN, 25 FEB: Kelima-lima wakil rakyat PKR yang mengambil sikap berkecuali dalam usul UMNO yang boleh menyebabkan kerajaan Pulau Pinang muflis, membelakangi keputusan bersama dalam mesyuarat pre-council sebelum itu.
Ini kerana, Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang, Wong Hon Wai, berkata tiada bantahan dibuat mereka dalam mesyuarat pre-council sebelum sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada November 2015 lalu.
“Sepanjang enam hari mesyuarat, Kah Peng dan keempat-empat ‘backbencher’ PKR tidak memberitahu rakan-rakan Adun dalam Pakatan Harapan sama ada dalam DUN atau secara persendirian bahawa mereka ada pandangan berlainan berhubung usul UMNO itu,” katanya.
Sebelum itu, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menegaskan, menyokong atau mengambil sikap berkecuali terhadap usul UMNO akan menyebabkan negeri itu terpaksa membayar pampasan terhadap penangguhan tebus guna tanah sekaligus berdepan risiko muflis.
Kata Hon Wai, tindakan lima Adun PKR itu termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kebun Bunga Cheah Kah Peng membelakangi keputusan bersama mesyuarat dan menyifatkannya tiada bezanya dengan pepatah ‘tikam belakang’.
“Jika Cheah Kah Peng ingin mengundi berkecuali, kenapa tidak membangkitkan perkara itu dalam mesyuarat?” katanya pada kenyataan media semalam yang menempelak dakwaan Kah Peng yang mendakwa tidak berpeluang menyertai perdebatan usul sebagai pembohongan.
“Speaker DUN Pulau Pinang, Datuk Law Choo Kiang memberi ruang dan masa mencukupi kepada ahli dewan untuk menyertai perdebatan yang berlarutan sampai pukul 11 malam selama beberapa hari.
“Tujuh Adun menyertai perdebatan dalam usul UMNO tetapi Kah Peng tidak menyertainya?” kata beliau.
Selain itu, beliau meminta Kah Peng menggunakan saluran undang-undang apabila mendakwa pelucutan jawatan sebagai Ahli Lembaga Pengarah dalam Perbadanan Bukit Bendera, tidak mematuhi undang-undang. -Roketkini.com
http://www.roketkini.com/2016/02/26/lima-adun-pkr-belakangi-keputusan-awal-mesyuarat/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment