Thursday, 26 May 2022

Wong Hon Wai Berkata Kerajaan Perlu Membuat Keputusan Segera Dimuktamadkan Memandangkan Penguatkuasaan Harga Ayam Tersebut

 Getaran / 26 May 2022

Sambung Lanjutan Tempoh Harga Siling Runcit, Borong Ayam, Apa Pendirian Kerajaan?


KUALA LUMPUR - Kerajaan perlu membuat keputusan segera sama ada lanjutan tempoh untuk penguatkuasaan harga siling runcit dan borong untuk ayam standard akan disambung atau dihentikan selepas 5 Jun depan.

 Ahli Parlimen Bendera, Wong Hon Wai berkata, keputusan segera perlu dimuktamadkan memandangkan penguatkuasaan harga tersebut akan tamat dalam tempoh kurang dua minggu dari sekarang.

Katanya, kerajaan sebelum ini menetapkan harga siling runcit ayam standard pada RM8.90 sekilogram manakala harga siling borong ayam standard, RM7.60 menerusi Penentuan Harga Maksimum Ayam dan Telur Ayam, yang berkuat kuasa selama 121 hari bermula 5 Februari hingga 5 Jun depan.

“Keyakinan penternak ayam terjejas berikutan kelewatan kerajaan. Bekalan ayam dalam pasaran kurang kerana penternak kurang yakin dalam skema harga siling serta subsidi yang ditetapkan kerajaan.

“Subsidi kepada penternak ayam ialah 60 sen sekilogram pada Februari serta Mac dan ditambah kepada RM1.40 sekilogram pada April dan bulan ini,” katanya hari ini.

Wong Hon Wai - Gambar dari Facebook Wong Hon Wai

Menurut beliau, keputusan kerajaan untuk menghentikan eksport ayam ke luar negara tidak semestinya memberikan hasil seperti yang dirancang.

Katanya, ini kerana penternak ada pilihan untuk tidak menternak lebih banyak ayam sekiranya terdapat kerugian berterusan.

“Kerajaan sepatutnya menjalankan kawalan eksport secara kuota dan merangka Dasar Obligasi Dalam Negeri (Domestic Market Obligation), yang mana pengeluar perlu menjual sebahagian besar daripada produk mereka di pasaran tempatan.

“Mereka juga boleh menjual sebahagian kecil untuk pengeskportan supaya penternak ayam masih boleh mendapatkan keuntungan daripada subsidi silang (cross subsidy) bagi menampung kerugian daripada pembekalan ke pasaran tempatan,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut menggesa kerajaan supaya menyelesaikan semua pembayaran subsidi bulan ini sebelum tamatnya tempoh kawalan harga siling pada 5 Jun depan.

“Kerajaan hendaklah memberi kepada keyakinan kepada penternak ayam supaya bekalan ternakan mencukupi untuk pasaran.

“Pada masa sama, masih ada keuntungan serta motivasi untuk mereka terus membekalkan ternakan ayam kepada pasaran tempatan,” katanya.

Hasil mesyuarat Kabinet Isnin lalu, kerajaan memutuskan untuk menghentikan eskport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, perkara itu merupakan langkah pendek di samping mengambil berat dan memandang serius terhadap isu peningkatan harga dan bekalan ayam semasa yang menghimpit seluruh rakyat.

Beliau turut meluahkan kekesalan dan kekecewaan kerajaan terhadap tindakan beberapa syarikat yang menghentikan bekalan ayam sehingga menyebabkan berlakunya peningkatan harga dan kekurangan bekalan di pasaran.

Jelas beliau ketika ini, kerajaan telah menetapkan harga siling ayam standard pada harga RM8.90 sekilogram dengan pemberian subsidi sebanyak RM729.43 juta di bawah Skim Kawalan Harga Keluarga Malaysia (SKHKM) yang dilaksanakan sejak 5 Februari lalu. - Getaran, 26 Mei 2022

Wednesday, 25 May 2022

Reformasi subsidi minyak Malaysia

Reported in Sinar Harian 

Reformasi subsidi minyak Malaysia

Bagaimana cara terbaik melaksanakan subsidi minyak bersasar, adakah semudah mengenal kereta Kancil dan BMW?

 25 Mei 2022 05:29pm | Masa membaca: 4 minit


Kerajaan mungkin perkenalkan mekanisme bahan api yang disasarkan untuk mengurangkan kesan kenaikan harga minyak mentah (Gambar hiasan).
A
 
A
 
A
MALAYSIA digembar-gemburkan bakal mempunyai mekanisme subsidi minyak bersasar yang akan diperkenalkan oleh kerajaan untuk mengurangkan impak kenaikan harga minyak mentah, terutamanya bagi golongan berpendapatan rendah.

Bulan lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, subsidi hanya untuk golongan miskin terutama golongan B40 dan mereka yang berkemampuan sepatutnya membayar lebih manakala yang tidak layak menerima (subsidi) tidak sepatutnya mendapat langsung subsidi itu.

Namun, Ahli Parlimen Bukit Bendera dari DAP, Wong Hon Wai pernah membidas kenyataan itu dengan berpendirian bahawa golongan kelas pertengahan dan kelas pekerja dalam golongan berpendapatan sederhana (M40) juga harus dimasukkan dalam kategori yang bakal menerima subsidi minyak bersasar kerana mereka ialah sebahagian besar populasi penduduk di negara ini.

Beberapa hari lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin Ali berkata, mereka yang mempunyai kenderaan BMW tidak boleh menikmati subsidi minyak sama seperti mereka yang mempunyai Kancil.

Persoalannya, bagaimanakah cara terbaik untuk merealisasikan subsidi minyak secara bersasar dan adakah ia semudah mengenal pasti siapa yang membawa kereta BMW atau Kancil sahaja? Adakah sekarang ini masa yang sesuai untuk melaksanakan mekanisme tersebut?

Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, reformasi untuk mengenakan subsidi ke atas minyak agak sukar dilaksanakan sekarang ini terutamanya dalam keadaan harga minyak melambung tinggi.

“Negara dalam keadaan yang mana harga minyak tengah mahal sekaligus berhadapan dengan harga barangan yang meningkat seperti makanan dan bahan mentah. Oleh itu, agak sukar untuk menarik subsidi dalam keadaan ekonomi semasa ini dan dikhuatiri akan mengeruhkan lagi keadaan.

“Kita faham justifikasi untuk mereformasi subsidi memang ada cuma ‘timing’ tidak kena. Sekiranya kaedah itu tidak betul, ia akan memberi banyak masalah, jadi kerajaan mesti memberitahu mengapa subsidi perlu direformasi dan apa kebaikannya kepada rakyat,” katanya kepada Sinar Premium.


DR MOHD AFZANIZAM

Disyorkan artikel berkaitan ini:


Tambahnya, kerajaan perlu memikirkan kaedah atau mekanisme yang terbaik secara ideal untuk memastikan subsidi itu bersasar kepada golongan yang sepatutnya.

“Harga semasa sekarang ini dikira pukul rata atau semua golongan dapat tetapi menurut Kementerian Kewangan Malaysia (MOF), dalam 53 peratus akan pergi ke golongan T20.

“Jika itu keadaannya, subsidi di Malaysia memang tidak bersasar dan boleh dikatakan satu kerugian kerana yang akan mendapat habuan itu bukan golongan sasaran namun golongan berpendapatan tinggi,” katanya.

Selain itu, kerajaan harus mencari jalan penyelesaian atau kaedah yang sesuai untuk mengenal pasti berapa pendapatan seseorang itu untuk melayakkan dia mendapat subsidi minyak seperti Mykad atau aplikasi pantas seperti MySejahtera.

“Dahulu kerajaan pernah mencadangkan untuk penggunaan kaedah Mykad yang mana kita boleh mengenal pasti tahap pendapatan dan kelayakan seseorang itu. Jika dia berpendapatan tinggi, mungkin dia tidak layak langsung menerima subsidi dan sekiranya dia M40, ia akan berkadaran dengan tahap kelayakan.

“Teknologi canggih seperti MySejahtera juga boleh menjadi salah satu cara yang boleh diguna pakai sekiranya ia mempunyai rantaian kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan kita boleh terus mengenal pasti pendapatan seseorang,” katanya.


DR SHAZALI



MEKANISME SEKARANG SUDAH MENCUKUPI

Dalam pada itu, Pakar Ekonomi daripada Asia e-University, Profesor Datuk Dr Shazali Abu Mansor berpandangan, mekanisme minyak petrol kuning dan hijau sudah memadai dan tidak perlu ditukar kerana bimbang akan menyusahkan rakyat dengan keadaan harga yang tidak menentu.

“Saya rasa mekanisme sekarang ini pun sudah bersasar mengikut kemampuan. Siapa yang mampu dan tidak mahu subsidi boleh pakai minyak hijau manakala siapa yang nak lebih jimat dan atau terkesan dengan kenaikan harga minyak, boleh pakai minyak kuning.

“Kita juga sudah ada tol dan cukai jalan yang membezakan. Sebagai negara pengeluar minyak yang besar dalam 600,000 tong sehari, sepatutnya rakyat dapat merasa hasil negara. Jangan menyusahkan dengan meletakkan harga terlalu tinggi sehingga golongan M40 turut terbeban,” katanya.

Shazali yang juga merupakan Timbalan Naib Canselor Kolej Universiti i-CATS, Kuching, Sarawak itu berkata, tidak wajar untuk membezakan kereta untuk pemberian subsidi minyak kerana jenis kereta tidak melambangkan status seseorang.

“Orang kaya juga boleh mempunyai kereta kecil seperti kancil atau Myvi begitu juga dengan pelajar yang boleh memiliki BMW. Jika kita mahu memberi subsidi dengan membezakan kenderaan, maka ia akan lebih merumitkan keadaan.

“Dahulu saya juga mengisi minyak pam hijau tetapi oleh kerana harga semakin tinggi, saya menukar gaya hidup dengan memakai minyak pam kuning walaupun saya menggunakan kereta yang berjenama mahal. Oleh itu, minyak tidak boleh bersasar mengikut kenderaan yang dibawa atau dipakai,” katanya.

Tuesday, 3 May 2022

Wong Hon Wai Peringatan Kepada Kerajaan Tentang Sempena Hari Kebebasan Media Keperluan Untuk Menghormati Komitmen Terhadap Kebebasan Media

 MalaysiaKini / May 3, 2022


‘Hormati kebebasan sebenar media’

Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia hari ini, semua pihak diminta menilai semula kebebasan sebenar media di negara ini.

Bagi Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai, tanggal 3 Mei adalah peringatan kepada kerajaan tentang keperluan untuk menghormati komitmen terhadap kebebasan media.

“Ia adalah peluang meraikan prinsip asas kebebasan akhbar; menilai keadaan kebebasan akhbar di seluruh dunia.

Ia juga bagi mempertahankan media daripada serangan terhadap kebebasan mereka,” kata ahli parlimen DAP itu dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.


今年世界新闻自由日的主题是“数字围困之下的新闻业”,旨在突出近期国家和非政府行为体的监视、大数据收集和人工智能的发展对新闻业、表达自由和隐私造成的多方面影响,同时强调监视和针对记者的数字媒介攻击给数字时代媒体生存能力带来的挑战和对公共信任造成的威胁,以及给公众对数字传播的信任产生的影响。
This year’s World Press Freedom Day theme “Journalism under Digital Siege,” spotlights the multiple ways in which journalism is endangered by surveillance and digitally-mediated attacks on journalists, and the consequences of all this on public trust in digital communications.
世界新闻自由日为促进以下工作提供了一个契机:
* 宣扬新闻自由的基本原则;
* 评估全球新闻自由状况;
* 保护媒体的独立性不受侵袭;
* 向失去生命的记者致敬。
May 3 acts as a reminder to governments of the need to respect their commitment to press freedom. It is also a day of reflection among media professionals about issues of press freedom and professional ethics. It is an opportunity to:
* celebrate the fundamental principles of press freedom;
* assess the state of press freedom throughout the world;
* defend the media from attacks on their independence;
* and pay tribute to journalists who have lost their lives in the line of duty.

Wong juga berkata, 3 Mei adalah sebagai hari memberi penghormatan kepada wartawan yang kehilangan nyawa mereka dalam menjalankan tugas.

Sementara itu, portal Utusan Malaysia memetik ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad sebagai berkata, kemerosotan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2021 adalah paling teruk pernah berlaku.

Menurutnya, Malaysia kini terletak di antara Congo (118) dan Nigeria (120).

“Baru-baru ini, seorang penyampai berita dari Astro Awani dikatakan akan disiasat berhubung pandangan ‘otak di lutut’ yang dilemparkannya apabila melaporkan ada peniaga kecil di Kelantan dikompaun RM50,000.

“Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku, saya percaya ada banyak hal yang lebih penting perlu disiasat,” kata ahli parlimen PKR itu.

Malaysia jatuh 18 tangga (119) dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2021 berbanding tahun 2020 (101), sekali gus mencatatkan kemerosotan paling teruk dari tahun ke tahun.

Indonesia sebaliknya naik enam tangga ke-113 dan merupakan satu-satunya negara di rantau ini merekodkan kedudukan lebih baik berbanding Malaysia.

Menurut Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), antara faktor utama menyebabkan kemerosotan itu termasuk undang-undang mengekang berita palsu melalui Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang “membenarkan kerajaan untuk menentukan kebenarannya sendiri”.

Turut mempengaruhi kemerosotan tersebut, kata RSF ialah beberapa akta yang sebagai didakwa menyekat kebebasan media termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

https://m.malaysiakini.com/news/620057

Wong Hon Wai berkata Sempena Hari Kebebasan Sebenar Media Perlu Mengangkat Semula Prinsip-Prinsip Kebebasan Media

 Utusan Malaysia / 3 Mei 2022

Hormati kebebasan sebenar media


Hormati dan hayati Hari Kebebasan Sebenar Media Sedunia.

SEMPORNA: Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia hari ini, semua pihak diminta menilai semula kebebasan sebenar media di negara ini agar Indeks Kebebasan Media Dunia tidak terus merosot.

Ahli Parlimen Bukit Bendera daripada DAP, Wong Hon Wai berkata, memperingati hari ini juga bermakna semua pihak perlu  mengangkat semula prinsip-prinsip  kebebasan sebenar media terutama di Malaysia.

“Tanggal 3 Mei adalah peringatan pada kerajaan tentang keperluan untuk menghormati komitmen mereka (pengamal media) untuk kebebasan media.

“Ia juga adalah cerminan dalam kalangan media profesional tentang isu kebebasan dan etika profesional,” kata beliau dalam hantar di Facebook beliau hari ini.

Menurut beliau, semua pihak digesa  mempertahan media daripada serangan terhadap ‘kemerdekaan’ institusi tersebut dan terus  memberi penghormatan kepada wartawan dengan ada yang hilang nyawa semasa bertugas.

Untuk rekod, pada tahun lalu, Malaysia jatuh 18 tangga (119) dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2021 berbanding tahun 2020 (101), sekali gus mencatatkan kemerosotan paling teruk dari tahun ke tahun.

ndonesia sebaliknya naik enam tangga ke-113 dan merupakan satu-satunya negara di rantau ini merekodkan kedudukan lebih baik berbanding Malaysia.

Kemerosotan

Menurut Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), antara faktor utama menyebabkan kemerosotan itu termasuk undang-undang mengekang berita palsu melalui Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang “membenarkan kerajaan untuk menentukan kebenarannya sendiri”.

Turut mempengaruhi kemerosotan tersebut ialah  beberapa akta yang sebagai didakwa menyekat kebebasan media termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata,  kemerosotan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2021 adalah paling teruk pernah berlaku.

Menurut beliau, menerusi indeks tersebut, Malaysia kini terletak di antara Congo (118) dan Nigeria (120).

“Baru-baru ini, seorang penyampai berita dari Astro Awani dikatakan akan disiasat berhubung pandangan ‘otak di lutut’ yang dilemparkannya apabila melaporkan ada peniaga kecil di Kelantan dikompaun RM50,000. Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku, saya percaya ada banyak hal yang lebih penting perlu disiasat,” kata beliau dalam kenyataan media beliau hari ini.- UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/hormati-kebebasan-sebenar-media/