Tuesday, 3 May 2022

Wong Hon Wai berkata Sempena Hari Kebebasan Sebenar Media Perlu Mengangkat Semula Prinsip-Prinsip Kebebasan Media

 Utusan Malaysia / 3 Mei 2022

Hormati kebebasan sebenar media


Hormati dan hayati Hari Kebebasan Sebenar Media Sedunia.

SEMPORNA: Sempena Hari Kebebasan Media Sedunia hari ini, semua pihak diminta menilai semula kebebasan sebenar media di negara ini agar Indeks Kebebasan Media Dunia tidak terus merosot.

Ahli Parlimen Bukit Bendera daripada DAP, Wong Hon Wai berkata, memperingati hari ini juga bermakna semua pihak perlu  mengangkat semula prinsip-prinsip  kebebasan sebenar media terutama di Malaysia.

“Tanggal 3 Mei adalah peringatan pada kerajaan tentang keperluan untuk menghormati komitmen mereka (pengamal media) untuk kebebasan media.

“Ia juga adalah cerminan dalam kalangan media profesional tentang isu kebebasan dan etika profesional,” kata beliau dalam hantar di Facebook beliau hari ini.

Menurut beliau, semua pihak digesa  mempertahan media daripada serangan terhadap ‘kemerdekaan’ institusi tersebut dan terus  memberi penghormatan kepada wartawan dengan ada yang hilang nyawa semasa bertugas.

Untuk rekod, pada tahun lalu, Malaysia jatuh 18 tangga (119) dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2021 berbanding tahun 2020 (101), sekali gus mencatatkan kemerosotan paling teruk dari tahun ke tahun.

ndonesia sebaliknya naik enam tangga ke-113 dan merupakan satu-satunya negara di rantau ini merekodkan kedudukan lebih baik berbanding Malaysia.

Kemerosotan

Menurut Wartawan Tanpa Sempadan (RSF), antara faktor utama menyebabkan kemerosotan itu termasuk undang-undang mengekang berita palsu melalui Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu (No. 2) 2021 yang “membenarkan kerajaan untuk menentukan kebenarannya sendiri”.

Turut mempengaruhi kemerosotan tersebut ialah  beberapa akta yang sebagai didakwa menyekat kebebasan media termasuk Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata,  kemerosotan Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2021 adalah paling teruk pernah berlaku.

Menurut beliau, menerusi indeks tersebut, Malaysia kini terletak di antara Congo (118) dan Nigeria (120).

“Baru-baru ini, seorang penyampai berita dari Astro Awani dikatakan akan disiasat berhubung pandangan ‘otak di lutut’ yang dilemparkannya apabila melaporkan ada peniaga kecil di Kelantan dikompaun RM50,000. Keadaan ini sepatutnya tidak berlaku, saya percaya ada banyak hal yang lebih penting perlu disiasat,” kata beliau dalam kenyataan media beliau hari ini.- UTUSAN

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/05/hormati-kebebasan-sebenar-media/

No comments:

Post a Comment