Wednesday, 30 November 2016
Tuesday, 29 November 2016
“聆听民声”亚依淡选区巡视活动
2016年11月29日《中国报》北马版
2016年11月29日《东方日报》A39版
2016年11月29日《光华日报》A18版
2016年11月29日《星洲日报》大北马第12版
2016年11月29日《光明日报》A6版
Monday, 28 November 2016
Saturday, 26 November 2016
Friday, 25 November 2016
Thursday, 24 November 2016
Wednesday, 23 November 2016
Isu banjir: Adun DAP kritik kerajaan negeri
Wartawan Sinar Harian
23 November 2016
GEORGETOWN - Seorang anggota dewan undangan negeri (Adun) dari DAP menegur sikap kerajaan negeri yang dilihat tidak serius menangani masalah banjir yang sering berlaku di negeri ini.
Wong Hon Wai (DAP-Air Itam) berkata, setiap masalah yang berlaku pasti ada jalan penyelesaiannya dan beliau meminta kerajaan negeri mencari sedalam-dalamnya punca masalah itu.
"Kita perlu menjurus ke arah itu. Apakah cara penyelesaiannya. Mesti ada jalan penyelesaian.
Perkara ini (banjir) perlu diberi penekanan. Kalau kerap sangat berlaku ia tunjukkan kita tidak serius tangani masalah ini," katanya ketika membahaskan Bajet 2017 Pulau Pinang pada persidangan
Dewan Undangan Negeri.
[ARTIKEL BERKAITAN: 60 rumah terjejas akibat banjir kilat]
Beliau berkata, lebih 50 buah rumah di kawasannya dinaiki air semasa banjir pada Oktober lepas sehingga menyebabkan banyak kerosakan pada harta benda penduduk.
Dalam pada itu beliau meminta Jabatan Pengairan Saliran (JPS) agar membuatanalisis dengan lebih teliti terhadap kawasan sering berlaku banjir.
"JPS seharusnya dapat mengumpul data yang lebih tepat, masa, ketinggian air, berapa lama air bertakung dan sebagainya.
"JPS biasanya mengeluarkan laporan semasa banjir dalam masa yang singkat iaitu pada hari banjir itu sendiri atau sehari selepas banjir. Laporan yang cepat tidak semestinya laporan yang baik. Apa yang saya ingin lihat ialah laporan terperinci dan teknikal. Air datang dari mana dan air mengalir ke mana," kata Wong.
Beliau juga memohon supaya kerajaan negeri menjalankan penyelenggaraan berjadual ke atas Sungai Air Itam dan Sungai Dondang seperti melakukan pengukuhan tebing, pengurusan rumput, pokok, buluh di tebing dan pembersihan sampah dalam sungai.
"Perlu dipaparkan kontraktor yang bertanggungjawab dan kekerapan seperti jadual pengutipan sampah oleh MBPP (Majlis Bandaraya Pulau Pinang)," katanya.
http://www.sinarharian.com.my/mobile/edisi/utara/isu-banjir-adun-dap-kritik-kerajaan-negeri-1.589712

Subscribe to:
Posts (Atom)