Thursday 2 March 2017

28 PELABUR EMAS DITIPU HAMPIR RM5 JUTA

365 News
 | March 2, 2017 



ADUN Air Itam, Wong Hon Wai (dua dari kiri) bersama mangsa penipuan jual beli emas Abdul Wahab S Mohd Mydin, 48, (kiri) dan sepasang suami isteri, Rahmat Kamaruddin,50, dan Siti Khatijah Zainal,49, (kanan) yang kerugian sebanyak RM400,000 hingga RM4.9 juta ketika sidang media di Pusat Khidmat Adun Air Itam, Jalan Balik Pulau. – Foto Mikail Ong GEORGETOWN: Seramai 28 pelabur kerugian hampir RM5 juta selepas diperdaya seorang ahli perniagaan yang mendakwa terbabit dalam aktiviti jual beli emas di pasaran terbuka.
Ahli perniagaan berusia 44 tahun terbabit, dikatakan memperdaya sekumpulan pelabur apabila bersetuju membeli sejumlah emas pada harga melebihi nilai pasaran pada 2013 selain turut menawarkan skim pelaburan emas kepada orang ramai.
Seorang mangsa, Abdul Wahab S Mohd Mydin, 48, berkata dia bersama rakan-rakannya bersetuju menjual emas seberat 16.6 kilogram (kg) kepada ahli perniagaan terbabit pada 2013 pada harga RM4.9 juta pada 2013.
“Ahli perniagaan terbabit berjanji akan membayar harga jualan emas berkenaan secara ansuran melalui cek. Dia sempat mengeluarkan cek berjumlah RM2.2 juta kepada kami, namun hanya RM710,349 dapat ditunaikan dan selebihnya ditolak pihak bank.
“Sehingga kini, dia masih berhutang sebanyak RM4.2 juta kepada kami, namun pada masa sama dia dikesan terbabit dalam skim pelaburan emas lain yang turut mengakibatkan kerugian kepada pesertanya,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Dipercayai, ahli perniagaan berkenaan sudah mengakibatkan kerugian lebih RM10 juta kepada ratusan pelabur sebelum bertindak melarikan diri pada hujung tahun lalu.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial negeri, Asisten Komisioner Abdul Ghani Ahmad yang dihubungi, mengesahkan menerima laporan berkaitan kes itu antara 2013 hingga 2016, dengan siasatan dan usaha mengesan suspek yang berasal dari Jelutong masih dilakukan pegawai penyiasat.
(BHONLINE)
http://wp.news365.my/?p=2849938

No comments:

Post a Comment