Monday 8 May 2017

Tahun keempat rai Pesta Gawai, Kaamatan serentak di P.Pinang 13 Mei


Monday May 8th 2017

Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang sekali lagi akan menganjurkan Pesta Gawai Peringkat Negeri pada 13 Mei depan, serentak dengan sambutan Kaamatan.



PULAU PINANG: Kerajaan Pakatan Harapan Pulau Pinang sekali lagi akan menganjurkan Pesta Gawai Peringkat Negeri pada 13 Mei depan, serentak dengan sambutan Kaamatan. 

Pesta ini anjuran bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang bersama Gereja dan masyarakat Sabah dan Sarawak di Pulau Pinang. 

Wong Hon Wai selaku Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berkata ini adalah keraian tahunan kali keempat dan Kerajaan Pulau Pinang ialah satu-satunya Kerajaan Negeri di Malaysia Barat yang menganjurkan perayaan seumpama itu di luar negeri Sabah dan Sarawak. 

“Di Pulau Pinang sahaja terdapat 30,000 orang pemastautin yang berasal dari Sabah dan Sarawak dan mereka terdiri daripada tiga sektor utama iaitu penjawat awam, perkilangan dan penuntut di universiti.

“Tahun lepas sahaja 6,000 tetamu yang hadir dan kita jangkakan tahun ini lebih dari itu.

“Jadi, kita jemput semua lapisan masyarakat untuk memeriahkan Pesta Gawai Kaamatan kali ke-empat anjuran Kerajaan Negeri pada 13 Mei 2017, jam 6:00 petang hingga 10:30 malam yang akan dirasmikan oleh Ketua Menteri, Y.A.B Tuan Lim Guan Eng,” jelas Hon Wai yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Air Itam. 

Pengerusi Penganjur, Joe Nyuin turut sertai sidang media itu.

Joe memberitahu, antara acara menarik pada program sambutan berkembar kali ini adalah penyediaan makanan tradisi Sarawak dan Sabah, seperti mi kolok, laksa Sarawak, ayam pansoh, bosou (ikan diawet), hinava (salad ikan mentah) dan lain-lain lagi.

“Tidak ketinggalan juga persembahan kebudayaan kedua-dua negeri, Unduk Ngadau, Kumang, Keling (menonjolkan kepahlawanan) dan bermacam lagi. Makanan halal turut disediakan untuk yang beragama Islam,” jelas beliau lagi.

http://www.heraldmalaysia.com/news/tahun-keempat-rai-pesta-gawai-kaamatan-serentak-di-ppinang-13-mei/36098/7


No comments:

Post a Comment