Thursday, 25 July 2019

Wednesday, 24 July 2019

Kerajaan Pulau Pinang Komited bantu penggiat industri teknologi Nano



Penang govt committed to helping nanotechnology industry players


Last update: 24/07/2019

GEORGE TOWN, July 24 (Bernama) -- With nanotechnology expected to play a huge part in the advancement of the country's economy, players in the industry should cultivate and improve their products, said Bukit Bendera Member of Parliament Wong Hon Wai.

In line with this, the Penang government is committed to continue developing the state's technology industry that has been thriving all these years, he said.

“The Bayan Lepas Free Industrial Zone offers a golden opportunity for nanotechnology companies to set up production, which will bring mutual benefits not only for the companies but also for the state government,” he said when opening the inaugural Institute of Electrical and Electronics Engineers (IEEE) International Conference on Sensors and Nanotechnology 2019 (Sensors and Nano 2019) at Batu Ferringhi here.

Wong was representing Chief Minister Chow Kon Yeow.

The two-day event was organised by IEEE Malaysia Section Sensors & Nanotechnology Joint Councils Chapter in collaboration with the Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) School of Microelectronic Engineering, the Institute of Nano Electronic Engineering and the Centre of Excellence for Advanced Sensor Technology.

The event's chairman, UniMAP associate professor Dr Mohd Khairuddin Md Arshad, said the conference aimed to bring together researchers from industries and academia to explore various issues and trends in the field of sensors and nanotechnology, ranging from materials and devices to emerging sensors and applications.

He said the conference featured presentations of 70 technical papers from 25 countries.

-- BERNAMA

Kerajaan Pulau Pinang komited bantu penggiat industri teknologi Nano


Tarikh kemaskini: 24/07/2019


GEORGE TOWN, 24 Julai (Bernama) -- Dengan teknologi nano yang dijangka memainkan peranan besar dalam kemajuan ekonomi negara, peserta dalam industri itu perlu membangunkan dan meningkatkan produk mereka, kata Anggota Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai.

Sejajar dengan itu, katanya kerajaan Pulau Pinang komited untuk terus membangunkan industri teknologi negeri ini yang telah berkembang maju.

“Zon Perindustrian Bebas Bayan Lepas menawarkan peluang keemasan kepada syarikat teknologi nano untuk mewujudkan pengeluaran, yang akan memberi manfaat bersama bukan hanya kepada syarikat tetapi juga kepada kerajaan negeri,” katanya semasa merasmikan Persidangan Antarabangsa mengenai Sensor dan Teknologi Nano 2019 (Sensor dan Nano 2019) Institut Jurutera Elektrik dan Elektronik (IEEE) yang pertama di Batu Ferringhi di sini.

Wong mewakili Ketua Menteri Chow Kon Yeow.

Acara selama dua hari itu merupakan anjuran IEEE Malaysia Section Sensors & Nanotechnology Joint Councils Chapter dengan kerjasama Fakulti Kejuruteraan Mikroelektronik Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Institut Kejuruteraan Nano Elektronik dan Pusat Kecemerlangan Sensor Teknologi Termaju.

Pengerusi acara itu, Profesor Madya UniMAP Dr Mohd Khairuddin Md Arshad, berkata persidangan tersebut bertujuan menghimpunkan penyelidik daripada industri dan akademik untuk mengkaji pelbagai isu dan trend dalam bidang sensor dan teknologi nano, daripada bahan dan peranti kepada sensor dan aplikasi.

Beliau berkata sebanyak 70 kertas teknikal dari 25 negara dibentangkan pada persidangan itu.

-- BERNAMA

                                                                                     Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 24 Julai 2019

黄汉伟移交电脑及打印机给浮罗池滑警局









Opening Remarks for 2019 International Conference On Sensors & Nanotechnology



Thursday, 11 July 2019

Wong Hon Wai : Kerjasama serantau perlu ditingkatkan supaya sama-sama boleh tangkap ikan

Harian Metro 11-7-2019



Malaysia sokong penuh Timor Leste jadi anggota ASEAN ke-11






Tarikh kemaskini: 11/07/2019



KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Malaysia menyokong penuh kemasukan Timor Leste sebagai anggota baru ASEAN ke-11 memandangkan ia terletak dalam rantau geografi Asia Tenggara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata selain daripada keakraban yang sedia terjalin antara Malaysia dan Timor Leste, ia juga selaras dengan Perkara 6 dalam Perlembagaan ASEAN mengenai penerimaan anggota baru ASEAN. 

“Ini juga selaras dengan prinsip ASEAN terutamanya yang dipelopori Malaysia yang berpegang kepada konsep ‘prosper thy neighbor’ (memakmurkan jiran),” katanya sewaktu menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera).

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1744870

议员公布财产

刊登于《光华日报》 2019年7月11日


Monday, 8 July 2019

黄汉伟出席联芳园大伯公理事会联欢宴



Pindaan RUU Perlindungan Pengguna lulus

Laman depan
Hairulazim Mahmud dan Yusmizal Dolah Aling
am@hmetro.com.my


PINDAAN Rang Undang-Undang Perlindungan Pengguna (Pindaan) 2019 yang melindungi hak serta membela nasib pengguna diluluskan sebulat suara di Dewan Rakyat hari ini.
Ia membabitkan pindaan bertujuan menaikkan had nilai bidang kuasa Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) daripada RM25,000 kepada RM50,000.
Selain itu ia meningkatkan hukuman kepada mana-mana yang tidak mematuhi arahan pengguna menerusi nilai penalti maksimum.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen berkata, meningkatkan hukuman kepada mana-mana yang tidak mematuhi arahan tribunal menerusi nilai penalti maksimum.
Antara yang menyertai perbahasan adalah Ahli Parlimen Kuala Kangsar Datin Mastura Yazid yang mempersoalkan mengapa perlu ada nilai tuntutan tertentu dan bukannya mengikut kesesuaian kes.
“Saya setuju tapi pada masa sama tribunal di dalam akta perlu bebas dan ia perlu menepati keperluan pengguna dari segi pembuktian.
“Saya cadangkan piawaian tertentu diwujudkan untuk barangan yang mempunyai nilai yang besar seperti kosmetik dan perubatan,” katanya.
Ahli parlimen Johor Bahru, Akmal Nasrullah Mohd Nasir berkata, pindaan itu juga perlu mengambil kira pihak yang sengaja melarikan diri daripada pengesanan selepas menipu pengguna.
“Kalau syarikat A dibawa ke tribunal, mereka akan buka syarikat baru untuk menjalankan modus operandi baru. Kalau satu terdedah dan dibawa ke muka pengadilan, 99 lagi sudah bawa untung secara jahat dan kotor,” katanya.
Sementara itu, ahli parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai berkata, kerajaan perlu melihat contoh daripada negara luar bagaimana menguruskan isu perlindungan pengguna ini.
“Kita perlu lihat kepada model perundangan di luar negara untuk memberi kekuatan dan penambahbaikan kepada apa yang ada di negara ini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 8 Julai 2019 @ 8:19 PM