Thursday, 11 July 2019

Malaysia sokong penuh Timor Leste jadi anggota ASEAN ke-11






Tarikh kemaskini: 11/07/2019



KUALA LUMPUR, 11 Julai (Bernama) -- Malaysia menyokong penuh kemasukan Timor Leste sebagai anggota baru ASEAN ke-11 memandangkan ia terletak dalam rantau geografi Asia Tenggara, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah berkata selain daripada keakraban yang sedia terjalin antara Malaysia dan Timor Leste, ia juga selaras dengan Perkara 6 dalam Perlembagaan ASEAN mengenai penerimaan anggota baru ASEAN. 

“Ini juga selaras dengan prinsip ASEAN terutamanya yang dipelopori Malaysia yang berpegang kepada konsep ‘prosper thy neighbor’ (memakmurkan jiran),” katanya sewaktu menjawab soalan Wong Hon Wai (PH-Bukit Bendera).

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1744870

No comments:

Post a Comment