KUALA LUMPUR - Kerajaan bersedia menimbang cadangan pelaksanaan konsep hibrid dalam Sistem e-lelong Awam Harta Tak Alih di Mahkamah Tinggi Malaya.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri - Datuk Liew Vui Keong berkata, ia bagi membolehkan pelelong tradisional terlibat sama dalam aktiviti lelongan secara dalam talian

Ia sekaligus, menjaga 'periuk nasi' lebih 2 ribu pelelong tradisional, seluruh negara.
Penjelasan itu bagi menjawab pertanyaan ahli parlimen Bukit Bendera - Wong Hon Wai.
Tambah Datuk Liew, infrastruktur sistem e-lelong akan terus ditambahbaik, sebelum ia dilaksana sepenuhnya di 12 Mahkamah Tinggi Malaya seluruh semenanjung Malaysia, tahun depan.
Sehingga kini, sistem e-lelong telah dilaksana di Mahkamah Tinggi Malaya Kuantan, Temerloh, Ipoh dan Taiping.

BERITA RTM / Thursday, November 28, 2019
No comments:
Post a Comment