Thursday 3 December 2020

Wong Hon Wai Tahniah kepada PAC Parlimen

Tahniah kepada PAC Parlimen kerana menjalankan tugas untuk memastikan wang awam digunakan untuk tujuan yang sepatutnya

Kenyataan Media Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai pada 3-12-2020
Saya merujuk kepada laporan PAC DR12/2020 yang dibentangkan di Dewan Rakyat pada hari ini yang bertajuk “Tindakan susulan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) bagi syor-syor Laporan PAC Parlimen”. (https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-221-264.pdf)

Laporan PAC ini hendaklah dibaca bersama Laporan PAC DR13/2019 bertajuk “Pembangunan Air Mobility”. (https://www.parlimen.gov.my/pac/review/docs-207-249.pdf)

Laporan terkini PAC ini mengesahkan

  1. Super Drone (Kereta Terbang) bukan keutamaan kepada MEDAC. (Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi)
  2. The investment of RM20 million into Aerodyne Venture Sdn Bhd is independent from the statement by (the then) Minister MED (Menteri Pembangunan Usahawan pada waktu itu ialah YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Md Yusof, Ahli Parlimen Alor Gajah).
  3. Pelaburan RM20 juta dari syarikat GLC yang bernama VTSB (Venture Tech Sdn Bhd, anak syarikat milik penuh MIGHT) dalam syarikat AVSB (Aerodyne Ventures Sdn Bhd, sebuah syarikat swasta) adalah khusus untuk pembangunan Pusat Pemprosesan Data dan penyelidikan di Cyberjaya seperti dalam Perjanjian Pelaburan.
  4. Jabatan Audit Negara telah menjalankan audit terperinci ke atas MIGHT (Malaysian Industry-Government Group for High Technology – sebuah syarikat GLC dan tidak wujud isu penggunaaan RM20 juta pelaburan dalam pembangunan ‘kereta terbang’.

Keterangan prosiding bahawa “Investment of RM20 million into Aerodyne Venture Sdn Bhd is independent from the statement by (the then) Minister MED” ini merupakan satu statement yang kuat untuk menafikan statement terdahulu oleh Minister MED yang mengelirukan orang ramai.

Saya ingin mengingatkan kepada Menteri-menteri bahawa due diligence, kajian penuh serta kelulusan penuh perlu dijalankan sebelum pengumuman mana-mana projek besar.

Saya mengingatkan syarikat-syarikat GLC (Government Linked Companies) perlu spesifik dalam urusan pelaburan dan urusniaga mereka dan perlu ada ukuran outcome based dan results oritented untuk memastikan public funding digunakan untuk tujuan spesifik yang produktif.

Saya mengucapkan tahniah kepada PAC Parlimen kerana menjalankan tugas untuk memastikan wang awam digunakan untuk tujuan yang sepatutnya dan bukan atas sesuatu projek yang diragui keberkesanannya.

Wong Hon Wai
AHLI PARLIMEN BUKIT BENDERA
Kenyataan media oleh Wong Hon Wai di Parlimen pada hari Khamis, 3 Disember 2020

No comments:

Post a Comment