Thursday, 16 September 2021

Wong Hon Wai Minta MENTERI PERTAHANAN Menyatakan Apakah Usaha Terbaru Untuk Meningkatkan Keupayaan Tentera

Malaysian Defence / 16 September 2021

Par The Course

SHAH ALAM: Par the course. It appears that the Ismail Sabri administration will continue with the plans formulated by the Armed Forces for the last decade which was codified into the 2019 Defence White Paper. This was expected as the administration have only some 14 months to go before the next general election so it was par the course.

RMN AW139 MUH CGI. Gading Aerospace

In fact, I believe the next administration will also followed the same plan though like the DWP no one will dare to put a monetary value on it so the rolling plan for RMK12, which it self is basically the same ones from RMK11 and RMK10 apart from items already procured or dropped. This will go on and on – basically forever – until someone starts doing something else of course.

Tejas LCA MK 1. Wikipedia Commons

The decision to follow the current defence plans was confirmed in a written reply by the Defence Minister in parliament on September 14. The question posed by Bukit Bendera MP Wong Hon Wai was:

A CGI of P-4 MPA by De Havilland and PAL Aerospace. PAL Aerospace

Minta MENTERI PERTAHANAN menyatakan apakah usaha terbaru untuk meningkatkan keupayaan tentera laut dan tentera udara sejajar dengan Kertas Putih Pertahanan untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan ruang udara dan ruang laut negara.

RMAF F/A-18D Hornet fires a Maverick missile at Eks Ababil 2021. RMAF

"Tuan Yang di-Pertua,

Kertas Putih Pertahanan (KPP) telah menetapkan bahawa strategi pertahanan negara perlu dilaksanakan mengikut tiga tonggak utama iaitu Cegah Rintang Berpadu, Pertahanan Komprehensif dan Perkongsian
Berwibawa. Lanjutan itu, KPP juga telah menggariskan pelan jangka panjang bagi pembangunan Angkatan Masa Hadapan untuk Angkatan Tentera Malaysia ( ATM).

Bagi segmen keupayaan tentera laut, selari dengan aspirasi KPP ini, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), kini sedang melaksanakan beberapa inisiatif seperti:

1. Pelan pembangunan keupayaannya melalui Program Transformasi Armada TLDM 15ke5. Pelan ini dijangka akan dapat mengatasi cabaran yang dihadapi TLDM dalam menguruskan aset-aset yang mengalami keusangan dengan mentransformasikan 15 kelas kapalyang lama kepada hanya 5 kelas kapal yang baharu. 5 kelas kapal tersebut terdiri daripada Littoral Combatant Ship (LCS), Littoral Mission Ship (LMS), Multi Role Support Ship (MRSS), New Generation Patrol Vessel (NGPV) dan Kapal Selam.

RMN planned procurement under the 15 to 5 plan.

Pada masa ini, TLDM telah melaksanakan perolehan 4 buah kapal LMS kumpulan pertama dari China melalui kerjasama Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd dan China Shipbuilding & Offshore International Co. Ltd. LMS 1 (KD KERIS) dan LMS 2 (KD SUNDANG) telah memasuki inventori TLDM, masing-masing pada 31 Disember 2019 dan 14 Januari 2021, manakala LMS 3 (BADIK) pada 14 September 2021 dan LMS 4 (RENCONG) dijangka tiba di Malaysia pada Disember 2021.

2. Dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (2021-2025), TLDM merancang untuk melaksanakan perolehan seperti berikut:  

               a. Perolehan sebanyak 8 buah kapal LMS kumpulan kedua mulai tahun 2022;

b. Perolehan sebanyak 2 buah Multi Role Support Ship (MRSS) yang dijangka bermula pada tahun 2024, bagi
memenuhi keperluan operasi ATM melalui kemampuan Strategic Sealift antara Semenanjung Malaysia dengan
Sabah dan Sarawak; dan

c. Perolehan 3 buah Helikopter Operasi Maritim (HOM) dan 13 buah Fast Interceptor Craft (FIC). HOM dijangka akan memasuki inventori TLDM pada Mac dan Mei 2022, manakala FIC pula akan diterima secara berfasa mulai Mac 2023 hingga Mac 2024.

3. Dalam tempoh Rancangan Malaysia Ke-13 (2026 – 2030), TLDM merancang perolehan 6 buah Kapal Peronda Generasi Baharu (NGPV).

Bagi segmen keupayaan tentera udara pula, sejajar dengan KPP TUDM akan memperkasakan kuasa udara dengan mengoptimumkan keupayaan bagi menghindari sebarang ancaman terhadap kedaulatan dan kepentingan negara. Perlaksanaan konsep pertahanan negara di setiap kawasan berkepentingan diintegrasikan melalui operasi domain udara yang mampan (effect based).

Antara inisiatif TUDM dalam meningkatkan keupayaan kuasa udara ialah:

1. Pembangunan Pelan Strategik TUDM yang berasaskan kepentingan negara yang mendokong warfighting concept dengan mengabungkan pelbagai domain pertahanan – Darat, Laut, Udara dan Siber. Pelan ini seperti yang digariskan di dalam Kertas Putih Pertahanan adalah merentasi ruang lingkup kerangka kedaulatan di kawasan teras, lanjutan dan hadapan.

2. Mekanisme tindak balas TUDM merangkumi komponen pasif (diplomasi ketenteraan dan pengesanan ancaman) dan komponen aktif (penghindaran dan penyingkiran ancaman) melalui atur gerak aset-aset mengikut keperluan semasa.

3. Merangka beberapa perolehan aset baharu TUDM bagi memenuhi keperluan operasi seperti Fighter Lead In Trainer (FLIT) – Light Combat Aircraft (LCA), Multi Role Combat Aircraft (MRCA), Maritime Patrol Aircraft (MPA), Long Range Air Defence Radar, Medium Range Air Defence Missile System (MERAD), Medium Altitude Long Endurance Unmanned Aerial System (MALE-UAS) dan Helikopter Utiliti. 

Perolehan aset tersebut adalah bagi meningkat kuasa operasi TUDM di samping menaiktaraf sistem pengawasan ruang udara, sistem perisikan udara dan mengoptimumkan operasi TUDM.

Selain itu, ATM amnya dan khususnya TLDM dan TUDM sentiasa mendokong aspirasi pertahanan di dalam menjalin hubungan kerjasama serantau dan antarabangsa melalui pelbagai inisiatif perkongsian berwibawa (hubungan dua hala dan pelbagai hala).

Orion E UAS. Rosoboronexport JSC

Despite the minister stating that the LMS Batch 2 will be funded in 2022 and MRSS 2024, I think we will have to wait for the 2022 budget for that to be sorted out first. The Armed Forces is however already bracing for cuts in the procurement budget for the next few years as the government grapples with the fall-out caused by the pandemic. If they don’t fund the MPA and UAV projects – tendered out and waiting for decisions – it is doubtful that the government will fund the FLIT/LCA, LMS Batch 2 and the MRSS as well.

Three MRSS designs on display at the RMN booth at DSA 2018

It is also interesting to note the minister failed to even mention the elephant in the room….Anyway, Happy Malaysia and Armed Forces Day.

https://www.malaysiandefence.com/par-the-course/ 

 

 

 

No comments:

Post a Comment