Thursday, 6 April 2017

Isu Shabudin: Penduduk sekitar Tasek Gelugor bantah


#
MUHAMMAD AMINURALIF MOHAMAD ZOKI
6 APRIL 2017

Isu Shabudin: Penduduk sekitar Tasek Gelugor bantah
Himpunan membantah diadakan di pekarangan Pusat Komersial Tasek Gelugor di Permatang Berangan. - Foto Sinar Harian


TASEK GELUGOR - Hampir 80 masyarakat sekitar kawasan ini mengadakan himpunan aman menyatakan bantahan mengenai kenyataan Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya berhubung isu yang ditimbulkan dalam parlimen semalam.

Laungan hidup wanita serta pecat Shabudin dilaungkan oleh individu-individu yang mendakwa mereka merupakan pengundi di kawasan ini kedengaran ketika himpunan diadakan di Pusat Komersial Tasek Gelugor, Permatang Berangan ini.

Adun Air Itam, Wong Hon Wai berkata, kehadirannya bersama beberapa pimpinan dan wakil pakatan harapan yang lain adalah untuk bersama-sama penduduk yang merasakan amat kecewa dan malu atas kenyataan yang dikeluarkan ahli parlimen tersebut.

"Ini adalah jemputan daripada penduduk di sekitar kawasan ini di mana kehadiran kita untuk bersama mereka membantah di atas segala apa yang diungkapkan oleh beliau.

"Dalam himpunan aman ini juga melihat biarpun sudah ada kenyataan bertulis yang dikeluarkan beliau, namun sehingga kini, kita melihat tiada langsung rasa segan, kesal atau memohon maaf daripada dirinya atas perkara tersebut," katanya.

"Kalau dia tak nak minta maaf, atau letak jawatan mestilah dipecat, beliau harus ingat perkara ini bukan saja hal wanita ini juga melibatkan lelaki dan ianya melibatkan soal kemanusiaan," katanya.

Hadir sama dalam perhimpunan ini adalah penyelaras kadun Telok Air Tawar Mustafa Kamal Ahmad, Penyelaras Kadun Bertam Asrol Sani, Penyelaras Kadun Permatang Berangan Ahmad Fahmi A. Bakar.

Turut hadir, Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Nur Zarina Zakaria serta Ketua Wanita DAP Pualau Pinang, Lim Siew Khim.

Terdahulu, Ahli Parlimen Tasek Gelugor, Datuk Shabudin Yahaya membuat kenyataan berhubung perkahwinan antara perogol dan kanak-kanak mangsa rogol di Dewan Rakyat semalam.

Kenyataan beliau kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi termasuk bukan sahaja di kalangan ahli parlimen.
Namun Shabudin mendakwa, kenyataannya ketika perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dilaporkan tidak tepat.

Menerusi satu kenyataan semalam, Shabudin meluahkan rasa kecewa mengenai laporan media  yang menggambarkan seolah-olah beliau menggalakkan jenayah seksual dan menyokong perkahwinan perogol dengan mangsa.

http://www.sinarharian.com.my/edisi/utara/isu-shabudin-penduduk-sekitar-tasek-gelugor-bantah-1.655472

No comments:

Post a Comment