Tuesday 14 August 2018

Kerajaan gubal akta kebebasan maklumat, selaras manifesto PH




Tarikh kemaskini: 14/08/2018
 
KUALA LUMPUR, 14 Ogos (Bernama) -- Kerajaan akan menggubal Akta Kebebasan Maklumat selaras dengan janji manifesto Pakatan Harapan (PH), kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Keong. 

Beliau berkata penggubalan akta itu perlu dikaji dengan teliti bagi memastikan ia menepati komitmen PH menyemak semula Akta Pelindungan Pemberi Maklumat 2010, Akta Rahsia Rasmi 1972 dan Akta Pelindungan Saksi 2009, selain memastikan akta baharu itu tidak bercanggah dengan undang-undang sedia ada.

"Setakat ini, dua negeri telah melaksanakan enakmen kebebasan maklumat pada 2010 dan 2011 iaitu Pulau Pinang dan Selangor dengan tujuan memupuk sifat ketelusan serta memberi peluang kepada mana-mana individu yang ada akses berkaitan kerajaan negeri," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Wong Hon Wai (DAP-Bukit Bendera) yang ingin tahu sama ada PH berhasrat membentangkan Akta Kebebasan Maklumat pada persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Liew berkata kerajaan turut akan mengkaji keberkesanan penguatkuasaan kedua-dua enakmen itu, sekali gus mengambil kira pandangan pihak berkepentingan agar akta kebebasan maklumat yang akan diperkenalkan kelak berjaya.

Beliau berkata akses kepada Data Terbuka Sektor Awam yang dilaksanakan masa kini memberi peluang kepada rakyat untuk memperoleh setiap maklumat berkaitan kerajaan.....

http://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1632170

No comments:

Post a Comment