Utusan Malaysia / 7 Disember 2021
(PARLIMEN) Lantikan Duta Khas hanya pembaziran – Hon Wai
KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai mempertikai bidang kerja Ahli Parlimen Bintulu yang dilantik sebagai Duta Khas China.
Membangkitkan perkara itu dalam sidang Dewan Rakyat hari ini, Hon Wai berkata, lantikan beberapa Duta Khas itu dilihat tidak mendatangkan kebaikan kepada negara malah hanya sekadar pembaziran.
“Saya hairan juga, kita telah melantik beberapa Duta Khas seperti Ahli Parlimen Bintulu, Datuk Seri Tiong King Sing yang telah dilantik menjadi Duta Khas Republik China. Selain itu, kita mempunyai Ahli Parlimen Serian, Datuk Sri Dr. Richard Riot Anak Jaem yang dilantik sebagai Duta Khas Asia Timur; Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang dilantik sebagai Duta Khas Timur Tengah dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran yang dilantik sebagai Duta Khas Asia Selatan.
“Pelantikan seperti ini adalah pembaziran wang cukai rakyat kerana tiada signifikan malah tidak mendatangkan pelaburan antarabangsa. Apakah peranan mereka dalam perniagaan antarabangsa?” katanya dalam persidangan tersebut. – UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment