FMT / April 26, 2022
Harga minyak masak dijangka naik, Ahli Parlimen gesa kerajaan tingkatkan subsidi
PETALING JAYA: Ahli Parlimen Bukit Bendera Wong Hon Wai menggesa Jemaah Menteri supaya mempertingkatkan program Skim Rasionalisasi Harga Minyak Masak (COSS) memandangkan harga minyak masak di negara ini dijangka naik tidak lama lagi.
Kenaikan harga ini dikaitkan dengan keputusan terbaru Indonesia untuk menggantung eksport minyak masak dan minyak sawit mentah mulai 28 April untuk menstabilkan harga di negara itu, menurut Wong.
“Jemaah Menteri mesti mempertingkatkan COSS memandangkan keputusan terbaru Indonesia memberi impak besar kepada harga minyak masak di pasaran Malaysia.
“Kerajaan mesti menggunakan pelbagai cukai dan levi, termasuk levi keuntungan durian runtuh, yang disumbangkan oleh industri minyak sawit untuk meringankan beban ditanggung pengguna,” katanya dalam kenyataan.
Tambahnya, kerajaan mesti memastikan bekalan minyak masak di pasaran mencukupi dan harganya stabil dan mampu milik.
Beliau berkata, terdapat laporan mengenai kekurangan minyak masak bersubsidi yang dijual dalam polibeg 1kg serta penyeludupan minyak bersubsidi.
No comments:
Post a Comment