Thursday 8 September 2022

Wong Hon Wai Berkata Menutup Operasi UNCHR Perlu Bincang Di Parlimen

 Getaran / 8 September 2022

Tutup Operasi UNCHR: Perlu Bincang Di Parlimen

Majlis Keselamatan Negara (MKN) sebelum ini dilaporkan mencadangkan penutupan operasi pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia. - Gambar AFP

KUALA LUMPUR - Menteri Luar Negeri, Datuk Saifuddin Abdullah diminta memberi kenyataan di Parlimen susulan cadangan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menutup operasi pejabat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) di Malaysia.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai berkata, cadangan penutupan uniteral agensi UNCHR tersebut harus dibincang dan dibahaskan memandangkan ia memberi implikasi besar terhadap usaha diplomatik antarabangsa, selain menjejaskan nama baik negara.

Katanya, Parlimen harus dijadikan tempat membahaskan dasar berkenaan pelarian dan mekanisma untuk mereka dari segi kemanusiaan serta keselamatan negara supaya satu titik imbang boleh dicapai.

 Wong Hon Wai
Wong Hon Wai

“Malaysia tidak boleh sewenang-wenangnya menutup secara unilateral pejabat satu agensi Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) tanpa rundingan, selain ketika angka dan isu pelarian masih dalam peringkat yang genting.

“Sekiranya angka pelarian sudah kurang ke tahap minimum, mungkin itu satu justifikasi untuk UNHCR beroperasi melalui ibu pejabat serantau dari Bangkok,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pengarah MKN, Datuk Rodzi Md Saad berkenaan cadangan MKN untuk menutup operasi pejabat UNCHR di negara ini dan mengambil alih pengurusan isu pelarian.

Hon Wai menegaskan, kerajaan perlu ingat bahawa Malaysia dipilih sebagai Ahli Majlis Hak Asasi Manusia Bangsa-bangsa Bersatu untuk penggal 2022 hingga 2024.

Justeru, menurutnya, Malaysia mempunyai obligasi moral untuk mengutamakan isu hak asasi manusia dalam negara dan serantau.

“Bagaimanapun, UNHCR mempunyai 134 pejabat di seluruh dunia dan di sesetengah negara yang tidak mempunyai isu pelarian serius, kehadiran UNHCR diperlukan sebagai satu agensi antarabangsa yang menjurus kepada bantuan kemanusiaan serta koordinasi serantau,” katanya. – Getaran, 8 September 2022

No comments:

Post a Comment