Monday, 24 July 2017

DAP: Masukkan klausa isytihar harta dalam IBR SPRM


Malaysiakini
       


Seorang ADUN dari DAP mencabar Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memasukkan klausa pengisytiharan harta bagi semua wakil rakyat termasuk menteri besar dan exco dalam Ikrar Bebas Rasuah (IBR).
Wong Hon Wai turut mengkritik Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datuk Dzulkili Ahmad kerana kenyataannya mengenai kerajaan negeri Pulau Pinang.
Beliau mendakwa Dzulkifli tidak bersikap profesional dan hanya berminat untuk menyasarkan kerajaan Pulau Pinang yang ditadbir DAP.
"Saya cabar SPRM memasukkan klausa bagi pengiytiharan harta bagi semua wakil rakyat dalam ikrar berkenaan," kata ADUN Air Hitam itu dalam kenyataannya hari ini.
Pagi ini, Dzulkifli ditanya berhubung kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berkata kerajaan Pulau Pinang tidak dihubungi untuk menandatangani ikrar itu.
"Saya tidak tahu beliau (Lim), kenapa (SPRM) hendak kena jemput pula (buat IBR)? Ini saya tidak pasti, negeri-negeri lain tidak ada pula (tiada jemputan), kenapa Pulau Pinang pula nak kena jemput? hebat betul Pulau Pinang ini," katanya.
Khamis lalu, Lim berkata pentadbirannya enggan menandatangani ikrar itu, dengan mengatakan SPRM tidak menghubungi kerajaan negeri itu untuk berbuat demikian.
Katanya, kerajaan Pulau Pinang akan menandatangani IBR berkenaan jika 10 cadangannya mengenai rasuah turut dimasukkan dalam ikrar itu.
Sementara itu, Wong berkata Dzukifli membuktikan SPRM tidak mengeluarkan surat kepada kerajaan Pulau Pinang bagi menandatangani IBR.
"Sekiranya SPRM telah menulis surat, beliau akan berkata demikian dan memberitahu orang ramai mengenai tarikh surat yang dihantar atau kandungannya," katanya.
Wong menegaskan Pulau Pinang telah menunjukkan komitmennya dalam melaksanakan dasar integriti dalam pentadbiran kerajaannya.
https://www.malaysiakini.com/news/389665

No comments:

Post a Comment