By dapadmin| July 17th, 2017|Media Statements
Kenyataan Akhbar Wong Hon Wai ADUN Air Itam Dan Setiausaha Politik Ketua Menteri Pulau Pinang Di Komtar, George Town Pada 17.7.2017.
Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia(SPRM) Tidak Pernah Menulis Surat Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Tentang Ikrar Bebas Rasuah.
Kerajaan negeri Pulau Pinang terkejut dengan kenyataan SPRM yang menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang secara khususnya serta Selangor dan Kelantan secara amnya, kerana enggan menanda tangani ikrar bebas rasuah. Serangan SPRM yang keras terhadap Kerajaan Negeri Pulau Pinang berbau politik kerana SPRM tidak pernah menulis surat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng, tentang ikrar bebas rasuah ini.
Macam mana Kerajaan Negeri Pulau Pinang boleh buat keputusan samada setuju atau tidak dengan ikrar bebas rasuah sekiranya tidak menerima sebarang surat daripada SPRM? Ketua Menteri pernah dilawati oleh Paul Low tentang ikrar integriti tetapi ia tidak berhasil bila Paul Low berkeras tidak mahu memasukkan syarat “mewajibkan semua pemegang jawatan pentadbiran kerajaan mengisytiharkan aset peribadi mereka secara umum” dalam ikrar integriti itu.
Oleh itu, adalah tidak adil SPRM menyerang kerajaan negeri Pulau Pinang seperti seorang ahli politik bila SPRM tidak pun menulis surat kepada Ketua Menteri Pulau Pinang. Serangan SPRM terhadap kerajaan negeri Pulau Pinang adalah tidak berasas serta juga dilihat berat sebelah dan cenderong kepada BN, kerana menggunakan laporan-laporan pemimpin BN Pulau Pinang atau NGO-NGO yang pro-BN.
Bolehkah SPRM menulis surat kepada Ketua Menteri yang menwaikili Kerajaan negeri Pulau Pinang, atau mereka lebih berminat membuat serangan politik menjelang pilihanraya umum ke -14?
WONG HON WAI
No comments:
Post a Comment