Diterbitkan: Selasa, 12 Mei 2015 7:57 PM
Teh Yee Cheu.
GEORGE TOWN: Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) DAP
mengulangi desakannya bahawa mana-mana pemimpin yang memegang
jawatan sebagai Ketua Menteri, Menteri Besar (MB) dan Perdana Menteri
(PM) untuk berkhidmat tidak lebih daripada dua penggal.

Teh Yee Cheu (DAP-Tanjung Bungah) berkata mekanisme itu tidak harus
terhad kepada jawatan Ketua Menteri tetapi perlu digunapakai kepada MB
dan PM.

"Ia juga disokong Nga Kor Ming (DAP-Taiping) pada 2011," katanya
pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang pada
Selasa.

Wong Hon Wai (DAP-Air Itam), bagaimanapun berkata, merujuk
kepada sistem Westminster, sistem pilihan raya adalah berdasarkan undi
tidak percaya. "Sistem tersebut diamalkan selama 200 tahun di UK dan kaedah
had tempoh tidak diamalkan.

"Sekiranya pemimpin yang dipilih melakukan sesuatu yang tidak boleh
diterima, mereka perlu meletak jawatan serta-merta, dan tidak perlu
menunggu sehingga tempoh akhir dua penggal pemerintahannya," kata Wong.

Cadangan Teh disokong oleh Ketua Pembangkang Datuk Jahar Hamid
(BN-Telok Ayer Tawar) yang memberitahu persidangan bahawa
perubahan baharu diperlukan dalam semangat 'pemimpin Pulau Pinang'.

"Saya meminta Teh untuk tidak berputus-asa," katanya.
Teh dilaporkan telah mengemukakan cadangan kepada DUN untuk meminda
perlembagaan negeri dan mengehadkan seseorang individu daripada
memegang jawatan Ketua Menteri tidak lebih daripada dua penggal.

Pada persidangan DUN 2012, Teh turut mencadangkan Ketua Menteri
Pulau Pinang dan dua timbalannya untuk berkhidmat selama dua penggal sahaja.

http://www.mstar.com.my/berita/berita-semasa/2015/05/12/dap-gesa-had-khidmat/
No comments:
Post a Comment