Tuesday, 26 October 2021

Wong Hon Wai Ingin Tahu Adakah FPDA Bagaimana Boleh Membantu Negara Menghadapi Cabaran Kententeraan Pada Masa Akan Datang

 The Sun Daily / 26 October 2021

FPDA masih relevan bantu negara hadapi cabaran keselamatan akan datang - Hishammuddin


KUALA LUMPUR: Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) masih relevan walaupun selepas 50 tahun penubuhannya.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (pix) berkata penjanjian itu masih mampu berperanan membantu negara menghadapi cabaran keselamatan pada masa akan datang.

“Setiap negara anggota bertekad untuk saling berunding mengenai langkah-langkah yang harus diambil sekiranya berlaku ancaman luar terhadap Malaysia dan Singapura,”katanya pada sesi Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat di sini hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Hon Wai (DAP-Bukit Bendera) yang ingin tahu adakah FPDA masih relevan dan bagaimana ia boleh membantu negara menghadapi cabaran kententeraan masa depan.

Menjelas lanjut, terbaharu, Hishammuddin berkata eksesais bersama Gold 21 diadakan pada 8 hingga 18 Okt lepas di kawasan laut China Selatan dan ruang udara Malaysia dan Singapura.

Ia melibatkan 25 pesawat pejuang, enam pesawat sokongan, enam helikopter, 10 kapal maritim, sebuah kapal selam serta lebih 2,600 anggota tentera Malaysia, Singapura, United Kingdom, Australia dan New Zealand.

“Gembira untuk saya laporkan di dewan ini bahawa eksesais berjalan lancar dengan jayanya,” katanya.

Hishammuddin berkata sejak penubuhannya, negara anggota menjalin kerjasama ketenteraan yang rapat melalui eksesais konvensional bagi tujuan meningkatkan keupayaan negara masing-masing, selain memastikan kebolehoperasian antara tentera negara anggota semasa menghadapi ancaman luar.

FPDA yang ditubuhkan pada 1971 merupakan kerjasama pertahanan pelbagai hala kedua tertua di dunia melibatkan Malaysia, Singapura, New Zealand, United Kingdom dan Australia.

Matlamat utamanya adalah demi mempertahanakan keselamatan Malaysia dan Singapura.

Dalam pada itu, menjawab soalan Wong mengenai pendirian kementerian terhadap Kertas Putih Pertahanan (KPP), Hishammuddin berkata kerajaan masih komited berpegang kepada KPP yang dibentangkan di Parlimen pada Disember 2019.

https://www.thesundaily.my/cerita/fpda-masih-relevan-bantu-negara-hadapi- cabaran-keselamatan-akan-datang-hishammuddin-EJ8496732

No comments:

Post a Comment