Tuesday 26 October 2021

Wong Hon Wai Mempersoalkan Bagaimana FPDA Boleh Membantu Negara Menghadapi Cabaran Ketenteraan Pada Masa Depan

 Air Times / 26 October 2021

FPDA, pencegahan COVID-19 PRN Melaka tumpuan Parlimen hari ini


FPDA, pencegahan COVID-19 PRN Melaka tumpuan Parlimen hari ini

KUALA LUMPUR, 26 Okt – Sidang Dewan Rakyat hari ini akan memberi fokus kepada peranan Aturan Lima Kuasa Pertahanan (Five Power Defence Arrangements) selepas 50 tahun penubuhannya.

Berdasarkan Aturan Urusan Mesyuarat Parlimen hari ini, soalan tersebut diajukan oleh Ahli Parlimen Bukit Bendera kepada Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein untuk sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri.

“Nyatakan relevan FPDA selepas 50 tahun penubuhannya dan bagaimana FPDA boleh membantu negara menghadapi cabaran ketenteraan masa depan,” kata Wong Hon Wai.

Selain FPDA, Dewan Rakyat turut memberi tumpuan kepada usaha mencegah penularan wabak COVID-19 semasa Pilihan Raya Negeri Melaka berlangsung.

Dalam soalan kepada Perdana Menteri, Ahli Parlimen Tebrau, Steven Choong Shiau Yoon meminta penjelasan langkah-langkah kerajaan bagi menggelakkan kejadian PRN Sabah berulang. – airtimes.my

https://www.airtimes.my/2021/10/26/fpda-pencegahan-covid-19-prn-melaka-tumpuan-parlimen-hari-ini/

No comments:

Post a Comment