Wednesday, 2 March 2022

Wong Hon Wai bertanya tentang dorongan untuk Bomba Sukarela

 Berita.rtm / March 02, 2022

Kecekapan dan latihan pasukan bomba sukarela akan dipertingkat



KUALA LUMPUR, 2 Mac - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan meningkatkan tahap kecekapan dan latihan kepada Pasukan Bomba Sukarela (PBS).

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Seri Dr Ismail Abd Muttalib berkata peranan PBS penting dalam memberi bantuan awal terutama di lokasi yang tidak mempunyai balai bomba dan penyelamat.

                                     (Datuk Seri Dr Ismail pada sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat)

"Saya ucapkan terima kasih kepada pasukan sukarelawan dan pasukan khas bomba yang cukup banyak membantu kita sebelum ketibaan pasukan-pasukan dari balai bomba yang berada di kawasan-kawasan berkenaan.

"Tidak semua tempat ada balai bomba jadi kita akan beri perhatian dan cuba naikkan taraf kecekapan dan latihan kepada ahli-ahli bomba sukarela di semua tempat seluruh negara," katanya ketika menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Katanya, sehingga kini, terdapat 382 pasukan bomba sukarela dengan keanggotaan 13,600 di seluruh negara.

https://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/35769-kecekapan-dan-latihan-pasukan-bomba-sukarela-akan-dipertingkat

No comments:

Post a Comment