Thursday 2 June 2022

Wong Hon Wai Berkata Henti Subsidi Kepada Penternak Boleh Dianggap Sebagai Satu Pengakuan dan Bukti Telah Berlaku Kegagalan Dasar Awam Oleh Kerajaan.

 Malaysia dateline / June 2, 2022

Henti subsidi kepada penternak bukti kerajaan gagal kawal harga ayam


Kerajaan dianggap telah gagal mengawal harga ayam dalam negara susulan pengumuman kerajaan yang tidak akan lagi memberi subsidi kepada penternak ayam berkuatkuasa Julai depan.

Ahli Parlimen Bukit Bendera, Wong Hon Wai berkata, pengumuman terbaru tersebut boleh dianggap sebagai satu pengakuan dan bukti telah berlaku kegagalan dasar awam oleh kerajaan.

Kerajaan sebelum ini mengumumkan pemberian subsidi sebanyak RM729 juta kepada penternak ayam melalui Skim Kawalan Harga Maksimum yang dilaksanakan pada 5 Feb 2022 hingga 5 Jun 2022.

Menurut Wong, tempoh skim kawalan harga yang berlangsung selama 121 hari merupakan tempoh kawalan harga ayam yang paling lama dalam sejarah Malaysia.

“Saya perlu mengingatkan kerajaan bahawa terdapat 2.78 juta keluarga B40 Malaysia mempunyai pendapatan bulanan isi rumah kurang daripada RM4851.

“Terdapat 2.78 juta lagi keluarga M40 Malaysia yang mempunyai pendapatan bulanan isi rumah antara RM4851 hingga RM10970.

“Justeru kerajaan perlu menyalurkan RM729 juta yang asalnya diperuntukkan kepada penternak ayam, untuk membantu 5.56 juta keluarga B40 dan M40 secara gabungan.

“Setiap keluarga akan menerima lebih kurang RM130,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama, Wong mencadangkan agar kerajaan menggunakan Cukai Makmur yang dikumpul dalam tabung untuk menyediakan Dana Penstabilan Keselamatan Makanan dan menambah stok bahan makanan strategik.

Keluarga B40 dan M40 telah terjejas teruk akibat kenaikan kos makanan dan sara hidup.

Kerajaan juga perlu mempunyai pelan tindak balas ekonomi yang komprehensif memandangkan perang Rusia-Ukraine yang berpanjangan dan sekatan separa oleh Kesatuan Eropah terhadap minyak dari Rusia.

https://malaysiadateline.com/henti-subsidi-kepada-penternak-bukti-kerajaan-gagal-kawal-harga-ayam/

No comments:

Post a Comment